Chong...Chong...Chong.....

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak menyebut mengenai keperluan untuk meminda Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan, berikutan tindakan mereka berkecuali dalam undian Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019 di Dewan Rakyat lalu.

Presiden Pakatan Harapan (PH) Sarawak merangkap Adun Stampin, Chong Chieng Jen berkata, surat yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri memberikan sebab mereka berkecuali dalam undian tersebut apabila langsung tidak menyebut mengenai keperluan untuk meminda Perkara 160 (2) sebelum ini.

"Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, Ahli Parlimen GPS mahukan pindaan definisi 160 (2) dilakukan.

"Namun demikian, surat tersebut hanya menyebut mengenai "refreshment" terhadap perkara tersebut jika inginkan sokongan daripada mereka," katanya.

Beliau berkata kepada media selepas menyempurnakan program penyerahan tong air harapan kepada 17 orang penduduk Kampung Kuap, Kota Samarahan, semalam.

Chieng Jen turut berkata, pihak GPS sudah tahu dari awal lagi bahawa tidak ada keperluan untuk meminda artikel tersebut.

"Tindakan untuk berkecuali dalam pindaan itu hanyalah wayang politik semata-mata dan cuba untuk mengelirukan rakyat Sarawak,” tambahnya.

Mengulas mengenai sebuah video yang dimuat naik oleh Penasihat Undang-Undang Sarawak, Datuk JC Fong berhubung dengan kebangkitan rakyat Sarawak untuk memperjuangkan hak negeri ini.

"Kenapa baru sekarang beliau lantang menyuarakan tentang hak orang Sarawak?

“Tindakan GPS berkecuali mengundi pindaan tersebut, sedangkan beliau (Fong) pernah menjadi Ketua Peguam Sarawak dari 1992 hingga 2007,” soalnya.

Soalnya lagi, adakah pada masa itu beliau terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk mempertahankan hak Sarawak seperti tanah NCR masyarakat Dayak.

Tegas beliau, apa yang diperjuangkan oleh PH sekarang adalah perjanjian asal 1963, apabila tidak ada sebarang pengurangan atau pertambahan dari perjanjian tersebut.


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...