15 April 2019. Sungai Asap, Belaga. Tidak kurang 40 bilik dari dua Blok D dan Blok E serta sebuah blok Gereja di Kampung Uma Bawang, Sungai Asap, Belaga, Sarawak hangus dalam kebakaran bermula pada jam 6.03 minit petang ini.
Cukup bernasib baik kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Walau bagaimanapun banyak harta benda musnah dalam kebakaran ini kerana penduduk banyak bekerja di luar kawasan.
Mari kita membantu semampu dan seikhlas hati untuk meringankan beban mangsa kebakaran ini.
Harap Jabatan Kerajaan berkenaan juga diharap menghulur bantuan berdasarkan saluran yang ada.
Orang, ramai juga boleh menghulurkan sumbangan dan derma ikhlas untuk sama-sama meringankan beban mereka yang dilanda musibah ini.
Marilah kita mendoakan agar Tuhan memberikan penghiburan dan kekuatan bagi semua mangsa kebakaran.
No comments:
Post a Comment