Amang seksual budak tiga tahun, tukang kayu diberkas


 Suspek diberkas oleh anggota D7 BSJD Sibu pada petang Rabu

SIBU: Seorang tukang kayu diberkas selepas disyaki melakukan amang seksual ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di sebuah rumah sewa di Jalan Permai, di sini, malam Isnin.
Pada malam kejadian, ibu mangsa, 21, dan anaknya berkunjung ke rumah sewa rakannya sebelum meninggalkan mangsa dengan rakan serta suami rakannya buat seketika untuk membeli makanan.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, bagaimanapun ketika keluar membeli makanan, ibu mangsa menerima panggilan dari rakan sekitar 10 malam dari rakannya ang memaklumkan anaknya menangis.
Apabila ibu mangsa balik ke rumah tersebut, dia dimaklumkan oleh rakannya bahawa suaminya (suspek) telah menonton video lucah bersama mangsa.
"Bimbang sesuatu yang buruk terjadi, ibu mangsa terus membawa mangsa ke bilik mandi dan memeriksa kemaluan mangsa yang menunjukkan ada kesan merah dan sedikit darah. 
"Mangsa juga mengadu kepada ibunya bahawa suspek ada mencucuk kemaluannya dengan jari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suspek diberkas di hadapan sebuah kedai kopi

Beliau berkata, ibu mangsa tidak membuat laporan segera kerana tidak mempunyai kenderaan untuk datang ke balai polis. 
Bertindak atas maklumat, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu diketuai oleh Inspektor Hairul Hussin menangkap suspek, 37, di hadapan sebuah kedai kopi di Lorong Permai Barat pada Rabu, sekitar pukul 5 petang.
"Polis juga merampas telefon bimbit milik suspek yang didapat mempunyai rekod pencarian laman web lucah dan mempunyai video lucah," katanya.
Stanley berkata, mangsa dihantar ke Hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Difahamkan, mangsa merupakan anak tunggal selepas ibu bapanya bercerai pada Januari lalu.

Suspek kini ditahan di lokap sementara menunggu perintah reman dan akan menjalani ujian saringan air kencing.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 14(d) dan 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," tambahnya.-UtusanBorneo

1 comment:

  1. Klak dlm nun idar ko gik knak cucok pok hahaha
    #Sialbinatang

    ReplyDelete

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...