Adakah Mee Kolok Sejenis Mi Segera?

GENKIMOMMA

Sebut sahaja Mee Kolok pasti anda tahu yang mi istimewa ini adalah makanan yang terkenal di negeri Sarawak. Rugi besarlah kalau anda melancong di Bumi Kenyalang, tapi tak sempat merasa semangkuk mee kolok. Kalau anda jumpa mee ini di Semenanjung sekalipun, pasti rasanya tak sama seperti mee yang original di Sarawak.


Apakah itu “Mi Kolok“?

Mi kolok (juga dieja mi kolo), mi kering ataupun mi rangkai (daripada perkataan Iban rangkai, bermaksud “kering”) adalah sejenis mi yang cukup popular di negeri Sarawak. Kebanyakan gerai di sekitar Kuching ada menyediakan atau menjual mi kolok. Biasanya Mi kolok ini akan dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.

Kali pertama kami makan Mee Kolok ialah ketika melancong ke Miri, pada bulan Oktober 2012. Kami di bawa oleh Upline Shaklee kami, Master Norita, di kedai makan Pakcik Wan di Lutong.

Menurut beliau, the best Mee Kolok in Miri! Padanlah ramai orang yang bertumpu di kedai tersebut, terutama pekerja Oil & Gas di sekitar Miri.

Kami sangat excited nak mencuba mee kolok! Nampak sedap, tak?


Mee Kolok di Lutong, Miri


Bukan “nampak sedap aje”, memang sedap pun!

Namun, tak dinafikan apabila mee kolok dihidangkan di depan mata, ada sedikit rasa terkejut sebab mee ini nampak seakan-akan mi segera yang dihidangkan bersama kicap!
Pendek kata, macam mee kicap versi kering!

Cuba tengok gambar di atas. Sekali pandang nampak macam mi segera kan? 

Adakah Mee Kolok Sejenis Mi Segera? 

Semestinya tidak, kerana cara pembuatan, dan mi yang digunakan juga berbeza. Mee kolok menggunakan mi kering, atau boleh juga menggunakan mi sanggul (yee mee), yang kemudiannya dimasak mengikut resepi istimewa mee kolok.

Mi segera sebaliknya merupakan sejenis makanan proses (processed food) yang mengandungi bahan bukan makanan di dalam ramuannya, serta hampir tiada nilai nutrisi. Untuk jangkamasa panjang, mee segera tidak selamat jika dimakan selalu.

Sebaliknya, mee kolok nie, makan setiap hari pun takpe, sedap dan selamat!

Jika anda seorang yang berdisiplin makan vitamin, apa jua jenama vitamin, tapi dalam masa yang sama juga ‘sangat konsisten’ makan mi segera setiap hari, jangan terkejut jika anda tidak mendapat efek positif dari suplemen seperti yang anda harapkan! 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...