Ada yang tak dapat bezakan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia

Tak sangka pula, ada yang tak dapat bezakan Persekutuan Tanah Melayu dengan Malaysia.
Persekutuan Tanah Melayu BUKANLAH MALAYSIA sebaliknya ia adalah komponen 9 Negeri-Negeri Melayu membabitkan Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan dua Negeri Selat yang tidak bersultan membentuk sebuah negara selepas Malayan Union 1946 dan merupakan SALAH SATU dari komponen pembentukan Negara Malaysia.
MALAYSIA pula adalah komponen negara membabitkan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, Sabah dan Sarawak. Satu lagi komponen ialah Singapura yang telah disingkirkan atau mencari fasal untuk disingkirkan dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.
Persekutuan Tanah Melayu tidak menjajah Sabah dan Sarawak sebaliknya berkongsi kuasa menubuhkan Malaysia berdasarkan persetujuan 18 Perkara dan 20 Perkara dengan Sarawak dan Sabah dengan kedua-dua komponen iaitu Sabah Sarawak mempunyai hak mereka yang tak boleh dicabar atau dipertikaikan termasuklah hak imigresen sebagai menandakan mereka adalah sebuah negara, bukan berstatus negeri dalam Malaysia.
Malangnya yang berlaku sekarang ialah Putrajaya yang merupakan kuasa Federal cuba menjadi penjajah dengan DAP bersungguh-sungguh mahu menukar status SABAH dan SARAWAK supaya menjadi negeri sama seperti negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu. 
RUU Pindaan Perlembagaan baru-baru ini yang digagalkan oleh GPS, UMNO-BN dan PAS di Parlimen baru-baru ni menyerlahkan niat sebenar DAP dan Pakatan Harapan khususnya dalam usaha membajak, memeras, menjarah dan menjajah Sabah serta Sarawak selepas pentadbiran sebelum ni cuba untuk mematuhi MA63 selepas pentadbiran 22 tahun menjahanamkannya.
PRK Sandakan yang akan berlangsung, pasti akan menyaksikan bagaimana isu ini diputarbelitkan oleh golongan penjajah dan penjarah. DAP dan Pakatan Harapan akan pasti cuba membuktikan, mereka.mahu Sabah berstatus sama seperti Perlis dalam Persekutuan Tanah Melayu.-Rosli Md Shah

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...