Tujuh jam sesat dalam hutan



ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menyelamatkan warga emas Gabriel Wayne Atos, 61, yang terperangkap selama tujuh jam dalam hujan lebat apabila tersesat di dalam hutan Kampung Semadang, Kuching. FOTO Ihsan Bomba



TERKANDAS selama tujuh jam dalam hujan lebat. Itu pengalaman dilalui lelaki warga emas apabila tersesat dalam hutan Kampung Semadang, di Kuching, semalam.

Mangsa, Gabriel Wayne Atos, 61, dikatakan pergi ke hutan itu bersama 10 pekerja ladang kelapa sawit untuk mengukur kawasan persempadanan tanah penduduk kampung bagi perusahaan kelapa sawit Semadang.

Namun, ketika kerja pengukuran dilakukan, dia terpisah dengan kumpulan terbabit dan dipercayai hilang.

Seorang pekerja ladang yang enggan dikenali berkata, mangsa yang berasal dari Serian yang juga rakan sekerjanya dipercayai hilang pada 12 tengah hari.

“Pada awalnya, kami bersama-sama membuat tinjauan di sekitar kawasan ladang sebelum dia memaklumkan untuk pulang awal.

“Selang beberapa jam, saya dimaklumkan oleh rakan lain bahawa dia tiada bersama kumpulan kami tetapi motosikal miliknya masih ada di ladang,” katanya.

Susulan kehilangan itu, pekerja ladang terbabit terus menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.05 petang dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan yang hadir ke lokasi turut dibantu tujuh pekerja ladang dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Mangsa kemudiannya ditemui dalam keadaan selamat 6.30 petang tetapi tidak bermaya dan kelaparan,” katanya.Harian Metro

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...