Tragedi solat Jumaat, Rakyat Malaysia antara mangsa tembakan masjid di Christchurch





Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington juga sedang mendapatkan perincian kejadian tersebut daripada pihak berkuasa tempatan. - Foto AP Newsroom


KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia disahkan menjadi mangsa dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand.

Menerusi kemaskini Twitter akaun Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Welington, mangsa dilaporkan cedera dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital terdekat.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah turut mengesahkan perkara tersebut menerusi Twitter beliau.

Malah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington juga sedang mendapatkan perincian kejadian tersebut daripada pihak berkuasa tempatan.

Difahamkan juga, anak mangsa yang berusia 17 tahun turut berada di dalam masjid sama.

Namun, status remaja itu masih belum diketahui. 

Justeru, rakyat Malaysia yang berada di kawasan berdekatan dinasihatkan untuk berada di dalam kediaman masing-masing.-Awani

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...