Apa yang kita tahu setakat ini mengenai tragedi solat Jumaat Christchurch

Apa yang kita tahu setakat ini mengenai tragedi solat Jumaat Christchurch




Penyerang dipercayai berkulit putih, ekstremis berhaluan kanan. - foto AP Newsroom


Maklumat setakat ini mengenai perkembangan Tragedi Solat Jumaat Christchurch, New Zealand:

Dua rakyat Malaysia, seorang bapa dan anak menjadi mangsa serangan
 


Bapa cedera dan berada dalam keadaan stabil, manakala anaknya yang berusia 17 belum diketahui statusnya
 


Insiden tembakan rambang mensasarkan dua masjid, masjid Al Noor dan masjid Linwood di Christchurch
 


Belum ada angka kematian rasmi
 


Maklumat awal mengenai penyerang: berkulit putih, dipercayai berusia 30-an atau 40-an dan ekstremis berhaluan kanan
 


Datuk Bandar Christchurch, Lianne Dalziel menyifatkan situasi masih aktif dengan pihak berkuasa mengawal semua masjid
 


 4 individu, seorang lelaki dan tiga wanita telah ditahan
 


PM New Zealand menyifatkan serangan sebagai 'hari paling gelap buat NZ'


Polis telah meminta pengguna media sosial untuk tidak berkongsi video yang dipercayai menunjukkan salah satu penembakan dalam butiran grafik.-Awani


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...