Tarrant ditahan di penjara paling ketat



PAREMOREMO penjara kawalan maksimum khas yang menempatkan Tarrant. FOTO Agensi



Christchurch: Suspek pengganas yang menyerang dua masjid di bandar ini tidak dibenarkan membaca surat akhbar, menonton televisyen dan mendengar radio semasa ditahan untuk disoal-siasat, kata jabatan penjara New Zealand.

NZ Herald melaporkan, jabatan penjara dalam satu kenyataan memberitahu, tindakan itu dibuat bagi mengelak suspek mendapatkan laporan mengenai serangan yang dilakukannya pada Jumaat lalu itu.

Dalam kejadian berkenaan, Brenton Tarrant, 28, yang bersenjatakan raifal separuh automatik menembak jemaah di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di sini, menyebabkan 50 orang maut serta berpuluh-puluh lagi cedera.
Tarrant juga dikawal ketat 24 jam dan tiada pelawat dibenarkan untuk bertemunya.

“Suspek diuruskan mengikut pemantauan yang ditetapkan dalam Akta Pemulihan 2004. Ketika ini suspek tidak diberi akses kepada televisyen, surat khabar dan radio serta tidak dibenarkan menerim pelawat,” kata kenyataan itu.

NZ Herald juga difahamkan Tarrant dipindahkan ke satu-satunya penjara kawalan maksimum di New Zealand yang terletak di Auckland.

Dikenali sebagai Penjara Paremoremo, ia mempunyai unit penjara kawalan maksimum khas yang menempatkan penjenayah paling ganas di negara itu.

Tidak dipastikan sama ada Tarrant akan diterbangkan kembali ke Christchurch untuk sebutan semula kesnya di mahkamah atau hanya dibicarakan melalui sidang video.HM

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...