Tahanan loloskan diri berjaya diberkas polis





Suspek berjaya diberkas pagi ini
LIMBANG: Polis berjaya menahan seorang tahanan lelaki warga Indonesia dalam tempoh 19 jam  di sebuah rumah di Batu Tiga Jalan Kubong pagi ini.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata suspek 30 dari Timor Indonesia ditahan jam 11.20 pagi.

Jelasnya  berlaku pergelutan dan kekerasan miniman terpaksa dilakukan untuk melaksanakan tangkapan kerana suspek  bertindak agresif dan berusaha untuk melepaskan diri.

"Suspek berjaya ditahan jam 11.20 pagi tadi selepas meloloskan ketika dibawa ke dalam kenderan di Balai Polis Limbang petang kelmarin,"katanya dalam kenyataan di sini, hari.
 
Katanya suspek akan dibawa ke Hospital Limbang untuk pemeriksaan kesihatan dan usaha untuk mencari gari yang dibuang oleh suspek  akan diteruskan. -UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...