SPM 2018 Sarawak menurun dengan lapan pelajar capai gred A+ penuh


 


Pelajar-pelajar cemerlang SPM 2018 Sarawak merakamkan gambar bersama selepas pengumuman keputusan di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di Kuching hari ini.

KUCHING: Pencapaian calon Sarawak mengikut nilai Gred Purata Negeri (GPN) dalam peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 menurun sebanyak 0.02 kepada 5.19 berbanding 5.17 pada 2017. 

Bagaimanapun menurut Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak, Abang Mat Ali Abang Masagus keseluruhannya pencapaian calon adalah menggalakkan dengan lapan calon mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran. 

Daripada lapan calon berprestasi cemerlang tinggi tersebut, dua orang mendapat 10A+ manakala  enam lagi calon mendapat 9A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil. 

Dua calon yang mendapat 10A+ ialah Alvin Soo Qwan Zhou dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu dan Nur Izzah Athirah Abdul Samat dari SMK St Teresa. 

Enam lagi calon yang mendapat 9A+ ialah Constance Wong Chia Yii (SMK Sg Maong), Muhamad Hazim Isa dan Nazmi Ahmad Nizar  (Sekolah Menengah Sains Kuching Utara), Muhamad Maziz Azri Maznan (Sekolah Menengah Sains Miri) serta Allister Daniel Linggong dan Kevin Yok dari SMK Merbau. 

"Dari segi prestasi pencapaian sekolah berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), sebanyak 19 buah sekolah berjaya mencapai GPS  4.00 dan ke bawah. 

"Sekolah Menengah Sains Kuching Utara, Padawan mencapai gred teratas dengan nilai GPS 1.94 diikuti Sekolah Menengah Sains Miri dengan nilai GPS 2.30 dan SMK Sacred Heart, Sibu dengan nilai purata GPS 2.65," katanya pada pengumuman keputusan SPM 2018 di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di sini hari ini. 

SPM 2018 katanya turut menampakkan sebanyak 23 buah sekolah mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang calon yang memperolehi minima gred A- dalam semua mata pelajaran. 

SMK Methodist, Sibu merekodkan calon dengan gred A- dalam semua mata pelajaran tertinggi seramai 40 orang diikuti SMK Sacred Heart, Sibu dan SMK St Elizabeth, Sibu masing-masing 25 orang. 

Dalam pada itu seramai 36,144 orang calon di Sarawak mendaftar untuk menduduki SPM 2018 melibatkan calon sekolah menengah kebangsaan, sekolah dibawah agensi selain Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah swasta dan persendirian.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...