Samseng sambut pengganas NZ di penjara



Anggota kumpulan samseng turut berhimpun di Sekolah Tinggi Hagley sebagai tanda sokongan kepada keluarga mangsa. - Foto AFP

Anggota kumpulan samseng turut berhimpun di Sekolah Tinggi Hagley sebagai tanda sokongan kepada keluarga mangsa. - Foto AFP

CHRISTCHURCH: Pengganas kulit putih, Brenton Tarrant, bakal berhadapan kesulitan dalam penjara apabila diberi amaran sekumpulan samseng bahawa dia sudah ‘ditandakan’ sebagai sasaran.


Tarrant, 28, dituduh melakukan tembakan di dua masjid di Christchurch Jumaat lalu yang mengorbankan 50 jemaah.

Kumpulan samseng itu turut berkumpul di Sekolah Tinggi Hagley di Christchurch semalam untuk memberi bunga dan menawarkan sokongan yang keluarga yang terjejas dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai itu.

Mereka berkata, apa yang dilakukan Tarrant adalah ‘salah dari segi apa sekalipun’.

Bercakap kepada akhbar tempatan New Zealand, seorang anggota kumpulan itu berkata mereka ke sekolah berkenaan untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa.

“Disebabkan mereka datang ke New Zealand, mereka sebahagian daripada kami.
“Tragedi yang berlaku kelmarin amat menjijikkan, tidak perlu melakukannya,” katanya.


Orang awam melakukan bantahan di Peshawar, Pakistan susulan pengganas kulit putih, Tarrant, yang dituduh melakukan tembakan di dua masjid di Christchurch Jumaat lalu. - Foto EPA

Seorang lagi pula berkata: “Kami ada rakan di dalam penjara.”
Beliau tidak memberi penjelasan lanjut tetap mesej berkenaan jelas.

Tarrant berkemungkinan ditahan dalam sel berasingan dengan kawalan keselamatan ketat, tiada bantuan lain boleh mendekatinya dengan mudah.

Pegawai penjara juga mungkin dipilih dengan teliti untuk memastikan mereka juga tidak bertindak sendiri. — Agensi

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...