Rumah di Jalan Ulu Sungai Merah terbakar pada awal pagi tadi




SIBU: Satu kebakaran telah berlaku di Taman Wong Nai Siong di Jalan Ulu Sungai Merah pada awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, Shairulnizam Bin Wailie, pihak bomba daripada Balai Bomba Sungai Merah telah menerima aduan pada jam 3.23 pagi lalu bergegas ke tempat kejadian selepas seminit menerima aduan.

Tambahnya, “Jentera FRT Scania dan Toyota Hilux telah digerak ke tempat kejadian dan tiba pada jam 3.32 pagi . Operasi ini dibantu oleh Polis Diraja Malaysia( PDRM) dan Sarawak Energy.”

“Operasi dimulakan pada jam 3.33 pagi dan operasi mula terkawal lebih kurang lapan minit kemudian, dan pada jam 5.02 pagi , operasi ini telah tamat, ” ujarnya.

Menurutnya lagi, “sebaik sahaja tiba di lokasi, pihak bomba mendapati kebakaran ini melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang bekeluasan 15×20 kaki persegi.”

“Api marak terbakar sebanyak 90% dengan menggunakan konsep receo. Tindakan memadamkan kebakaran ini menggunakan satu aliran sepanjang 100 kaki daripada dua nozzle air daripada tangki jentera pam pili bomba,” ujarnya.

Tambahnya, ” kebakaran ini berjaya dikawal selepas 15 minit pancutan utama pertama.”

“Selepas membuat pemeriksaan lanjut, tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran ini kerana rumah ini tidak berpenghuni sewaktu kejadian ink berlaku ,” jelasnya.

“Pemilik rumah telah hadir ke lokasi setelah api berjaya dipadam sepenuhnya dan pihak bomba telah memastikan tiada sebarang punca api yang boleh menyebabkan kebakaran semula,” katanya lagi.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...