Rebut 2,609 jawatan kosong di SCatFair




KUCHING: Sebanyak 2,609 peluang pekerjaan dibuka dan ditawarkan sepanjang berlangsungnya Sarawak Career and Training Fair (SCatFair) 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).


SCatFair 2019 bermula 15 hingga 17 Mac turut menyaksikan sebanyak 69 pameran daripada beberapa insititusi pendidikan tinggi mempamerkan dan menawarkan maklumat mengenai pelbagai peluang pendidikan.

Sementara itu, sebanyak lapan institusi penyedia bantuan kewangan seperti Yayasan Sarawak, PTPTN, Yayasan Khazanah, MARA dan sebagainya juga membuat pameran.

Dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, semalam, SCaTFair 2019 antara bertujuan untuk menyediakan platform bagi memberi maklumat lengkap mengenai peluang pendidikan dan peluang kerjaya kepada orang awam.

Selain meningkatkan peluang kebolehkerjaan kepada graduan atau belia, memperkasa belia untuk lebih yakin membuat keputusan untuk masa depan, dan menanam minat STEM kalangan pelajar sekolah.

SCatFair 2019 bermula jam 10 pagi hingga 5 petang juga mempunyai program sampingan lain iaitu STEM Playground, ceramah, Cabaran DROBOTEX Mini dan Go4TVET.-SuaraSarawak

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...