Projek benteng hakisan pantai di Oya bakal dibina



MUKAH: Satu Projek Pengawalan Hakisan Pantai bernilai RM19.55 juta bakal dilaksanakan pada hujung tahun ini di Pantai Oya, Mukah.

Menurut Kaunselor Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) Arini Suhaili, menjelaskan pembinaan ini telah diluluskan dan dijangka bermula pada November 2019.

“Ini adalah hasil dari mesyuarat khas bersama dengan pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran Bahagian Mukah yang turut disertai oleh Penolong Pengarah Jabatan Pengairan Sarawak (JPS), Ketua Masyarakat Mukah, Temenggung Hendi Suhai, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Oya, ketua-ketua masyarakat, Ahli Majlis MDDM dan Wakil Setiausaha MDDM.

“Permohonan untuk mendapatkan projek ini diketuai oleh Ketua Masyarakat Mukah, Temenggung Hendi Suhai dan telah dimajukan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada April 2017.

Menurut beliau tempoh pembinaan tersebut dijalankan selama 24 bulan, dengan jarak kepanjangan benteng yang dicadangkan adalah sejauh dua kilometer.

“Selain itu, melalui pembinaan tembok penghalang atau pemecah ombak ini, diharap dapat melindungi kawasan tapak kekal Kaul Kuala Oya yang kini telah dinaiktaraf.” jelasnya.

Justeru itu, beliau menggesa kepada semua penduduk tempatan untuk terus menyokong perlaksanaan pembinaan projek ini.

“Saya berharap agar persetujuan dapat dibuat khasnya bersama pemilik tanah persendirian di kawasan projek, dalam usaha menjayakan projek ini.” katanya.

Dalam pada itu, projek membuat pejalan kaki di bahagian tertentu juga akan dibina, tambah beliau.

Beliau mengharapakan projek ini dapat direalisasikan dengan lancar dan jayanya.SVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...