Polis mohon tempoh reman suspek kes Liberia dilanjut



KUCHING: Polis Sarawak hari ini akan memohon lanjutan reman seorang daripada dua suspek kes tipu pekerjaan di Liberia, kata Ketua Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah.

Menurutnya, pernohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dibuat jam 9 pagi tadi di Mahkamah Majistret Sibu.

“Seorang lagi suspek bagaimanapun akan dipohon bebas dengan jaminan polis kerana siasatan terhadapnya telah selesai.
“Sekiranya diperlukan suspek ini akan dipanggil lagi.

Kertas siasatan kes jelasnya, telah dikemukakan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri, Jabatan Peguam Negara Malaysia, Sarawak, pada Jumaat lalu.

“Kertas siasatan masih dalam kajian mereka,” tambahnya lagi.
SwakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...