PKR Sarawak Mula Berasa Panas Melihat Sambutan Yang Diterima Ketua Menteri Sarawak Di SMK Tinjar




Hanya kerana mereka menggunakan baju berlogokan Gabungan Parti Sarawak (GPS) ketika menyambut kehadiran Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dalam Perasmian Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinjar, semalam, telah dikatakan itu majlis politik.


Sebaliknya, semalam hanyalah Perasmian Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinjar dan pengumuman Projek Rakyat di bawah Kerajaan Sarawak.

Jika diamati ucapan Ketua Menteri Sarawak, tiada satu pun bersifat politik sebaliknya beliau hanya bercakap mengenai senario semasa yang dihadapi Kerajaan Sarawak dan rakyat Sarawak selain mengumumkan beberapa projek rakyat yang akan dilaksanakan Kerajaan Sarawak.

Malah, beliau turut meminta rakyat Sarawak bersatu dan mengekalkan perpaduan yang sedia ada demi kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di Sarawak.

Tetapi, memang wajar juga PKR Sarawak dan Pakatan Harapan Sarawak berasa 'cemas' apabila melihat gelombang GPS di Marudi. Ini kerana sepanjang menjadi Kerajaan Persekutuan apakah projek yang telah diberikan kepada rakyat Sarawak?

Pada majlis itu, Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan peruntukan sebanyakRM159.52 juta bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan Beluru dan Tinjar.

"Ini membolehkan Kerajaan Sarawak meluluskan projek naik taraf Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinjar bernilai RM600 ribu dan RM600 ribu lagi untuk naik taraf 'Running Track' SMK Tinjar. Manakala, peruntukan RM5 juta pula diluluskan untuk membina Pejabat Daerah Beluru dan RM5 juta lagi membina Pejabat Daerah Kecil Tinjar.

"Kerajaan Sarawak turut bersetuju meluluskan peruntukan bagi naik taraf Jalan Long Tabing, Long Teran, Long Jegan dan Long Tisam bernilai RM33.6 juta yang akan dilaksanakan pada tahun 2020, naik taraf jalan di Sungai Peking, Sungai Nyiro, Lubok Mulong, Long Marigam dan Long Maro bernilai RM16.2 juta yang juga akan dilaksanakan pada tahun 2020, membina Dewan Masyarakat Baru di Tinjar bernilai RM4.5 juta. Turut diumumkan perutnukan RM70 juta untuk Penyambungan Bekalan Air Bersih 'Tinjar Fasa 2' dari Lapok ke Sungai Seruas dan RM6 juta lagi untuk projek penyambungan Bekalan Air Bersih ke kawasan Sungai Buri.

"Sementara itu, RM2 juta telah diluluskan bagi menurap jalan masuk ke rumah-rumah panjang di sepanjang Jalan Beluru-Long Lama, RM250 ribu bagi menyiapkan Dewan Serbaguna, Gereja Roman Katolik Pekan Lapok, Naik Taraf Tua Pek Kong Lapok bernilai RM170 ribu, Bina Baru Gereja BEM Bukit Lapok berjumlah RM200 ribu, bina baru Gereja St Anthony, Sungai Bian berjumlah RM250,000 dan RM150 ribu digunakan untuk naik taraf gereja St. Mary's Chapel Sungai Sebubu Tinjar.

Kesemua projek ini adalah dibiayai Kerajaan Sarawak selepas banyak projek sebelum ini telah dibatalkan Kerajaan Pakatan Harapan.admin


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...