PH bakal beri tentangan sengit kepada GPS pada 2021




KUCHING: Calon penyandang Pakatan Harapan (PH) telah digesa supaya melakar perancangan dan strategi serta bergerak aktif di akar umbi menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chien Jen berkata, ini bagi memastikan pakatan berkenaan dapat mengukuhkan kedudukannya dalam PRN akan datang.

Pada PRN lalu, PH memenangi 70 daripada 82 kerusi.

DAP memenangi tujuh kerusi manakala PKR tiga kerusi.

Chong berkata, DAP sedang membuat persiapan untuk berdepan PRN12 yang dijangka pada 2021.

“Semua wakil rakyat kami akan ditugaskan untuk memberi perhatian terhadap kawasan laur bandar,” katanya sambil mengakui bahawa mereka telah membincangkan secara mendalam isu berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat DAP di sini, semalam.

PH dijangka akan menggempur kawasan luar bandar dalam PRN nanti.
Dalam pilihan raya umum lalu, PH memenangi 12 daripada 31 kerusi Parlimen.

Sarawak tidak mengadakan pemilihan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kerana baru mengadakan PRN pada 2016.
Dalam PRU lalu, PH berjaya menguasai beberapa kerusi  majoriti Iban dan Bidayuh di luar bandar.

Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Kota Sentosa berkata, PH Sarawak akan memberi tentangan sengit terhadap Parti Gabungan Sarawak (GPS) dalam pertandingan satu lawan satu di semua 82
kerusi.

Kini PH Sarawak terdiri daripada DAP, PKR,
Amanah dan Bersatu.

Beliau mengakui, berdasarkan pengalaman silam, perbincangan tentang agihan kerusi akan memakan masa lama.

Pemerhati menjangka dengan penyertaan Bersatu, isu ini akan menjadi duri dalam daging bagi PH menjelang PRN12.-SV

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...