KUCHING: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperuntukkan RM40 juta untuk program khas bagi bumiputera di Sarawak dengan RM21.5 juta dikhususkan kepada kerja-kerja survei tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata beliau menjelaskan perkara itu semasa mempengerusikan mesyuarat Tindakan negeri pada Khamis lepas.
“Saya tegaskan bahawa geran RM21.5 juta akan digunakan untuk kerja survei bagi geran individu menurut Seksyen 18 dan bukan survei perimeter mengikut Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak.
“Pendirian saya dan PH Sarawak mengenai perkara ini tidak berubah seperti yang didakwa dan ditularkan menerusi media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Baru, sebelum pertukaran kerajaan persekutuan pada 9 Mei 2018, dana kerajaan pusat untuk mengukur perimeter digunakan bagi survei tanah NCR menurut Seksyen 6 kanun berkenaan.–BERNAMA
Gambar hiasan
No comments:
Post a Comment