MotoGP pun tak bertumbuk





DUA pelumba motosikal dikenakan hukuman penggantungan dua tahun selepas terbabit dalam pergaduhan ketika perlumbaan Kejuaraan Motosikal Costa Rica.

Aksi Jorge Martinez dan Marion Calvo dirakam itu membabitkan drama tumbuk-menumbuk dan tolak-menolak daripada atas motosikal hinggalah bertempur di atas litar.

Insiden berlaku selepas mereka berlanggar satu sama lain ketika perlumbaan pusingan pertama kejuaraan negara itu, bulan lalu.

Martinez yang melepaskan motosikalnya sempat menjadi penumpang apabila berpaut pada jentera Calvo sebelum mereka terjatuh di tepi litar.

Martinez kemudian terus menumbuk topi keledar Calvo yang menyebabkannya jatuh terduduk sebelum dia bangun menolak belakang Martinez.

Aksi luar biasa itu menyebabkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) cawangan Amerika Latin mengenakan hukuman penggantungan 24 bulan kepada dua pelumba terbabit disebabkan pergaduhan pelik mereka.

Aksi pergaduhan Martinez dan Calvo menyebabkan mereka digantung dua tahun. FOTO Youtube


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...