SERIAN: Orang awam di Pasar Serian gempar sekitar jam 11 pagi tadi apabila berlaku pergelutan membabitkan seorang lelaki dan dua anggota polis traffic.
Menurut info, kejadian dikatakan bermula apabila dua anggota traffic tersebut membuat rondaan di Pasar Serian dan telah menahan seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis modenas.
Namun suspek yang ditahan tidak memberi kerjasama lalu bertindak agresif dan telah menyebabkan berlaku pergelutan.
Susulan dari itu menyebabkan anggota polis traffic terpaksa menggunakan kekerasan dan berjaya menahan suspek.
Hasil pemeriksaan di badan suspek, pihak polis telah menjumpai paket lutsinar yang dipercayai mengandungi dadah.
Setakat ini suspek yang berusia 26 tahun dan berasal dari Kampung Kerait telah ditahan untuk tindakan selanjutnya.-SarawakAritok
No comments:
Post a Comment