Lagi Rakyat Sarawak Dibulak, Pemimpin PH Sarawak Tidak Buat Kerja




Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) meluluskan projek dan program berimpak tinggi di Kedah bernilai RM3.6 bilion termasuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) adalah sangat mendukacitakan bagi rakyat Sarawak.


Umum mengetahui Kerajaan PH telah 'membatalkan' banyak projek rakyat yang telah diluluskan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu termasuk 4 jambatan yang sangat diperlukan rakyat hanya berlandaskan hutang negara yang banyak.

Jika benar hutang negara banyak, kenapa Kerajaan PH meluluskan projek RM3.6 bilion di Kedah walaupun ianya baru sahaja dipohon? 

Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kesemua projek itu telah diluluskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mempengerusikan Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) pada Isnin lepas.

Ternyata, apa yang dikatakan Menteri Kerja Raya Baru Bian sebelum ini hanyalah rekaan semata-mata kerana Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak itu tidak dapat membawa suara rakyat Sarawak di dalam kabinet mahupun Dewan Rakyat.

Sehingga hari ini, tiada satu pun projek besar yang berimpak tinggi kepada rakyat Sarawak dibawa pemimpin PH Sarawak sama ada PKR mahupun DAP.

Sebaliknya, selama ini mereka hanya bercakap mengenai projek yang sedang dilaksanakan seperti Lebuh Raya Pan Borneo (itu pun bajet dipotong). 

Chong Chieng Jen pula lebih gemar mengadakan sidang media hanya untuk menghentam pemimpin Kerajaan Sarawak walaupun menyedari sepanjang menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tiada satu pun projek yang dibawa kepada rakyat Sarawak.

Sehingga kini, rakyat Sarawak masih menghadapi masalah harga barang naik, harga minyak tidak turun dan lain-lain lagi berdasarkan protfolionya.

Kini, selepas menyedari mereka (pemimpin PH) gagal dalam setiap perkara, kini mereka mengusulkan isu tanah Seksyen 6 dan Ketua Menteri Sarawak selain gemar membawa kepada mencari kesalahan Kerajaan Sarawak sedangkan kesalahan dan kesilapan mereka sebagai Kerajaan Persekutuan tidak nampak. 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...