Kini mereka sah warganegara Malaysia





Fatimah dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Rosey Yunus bersama sebahagian daripada penerima surat permohonan serta ibu bapa mereka pada majlis penyerahan di sini, hari ini.

KUCHING: Sejumlah 120 permohonan status kewarganegaraan dari Sarawak di bawah Perkara 15A, Perlembagaan Persekutuan telah menerima surat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah mendedahkan ia merupakan 63 peratus permohonan dibentang sejak 2016 hingga 2017.

"Daripada 190 permohonan telah dibentang sejak November 2016 hingga Ogos 2017 dan sebanyak 120 permohonan atau 63 peratus telah menerima surat kelulusan dari KDN.

"Manakala keputusan yang lain akan dimaklumkan oleh KDN melalui pos terus kepada pemohon," katanya berucap pada Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15A di Wisma Wanita di sini, hari ini.

Permohonan Kewarganegaraan dibawah Perkara 15A, Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan Perolehan Warganegara Malaysia secara daftaran bagi individu yang berumur di bawah 21 tahun dalam keadaan khas.

Tambah Fatimah, penyerahan pertama surat kelulusan pada November 2017 di Kuching dengan 46 surat diserahkan.

Sementara penyerahan surat kepada kumpulan kedua pada Februari 2018 juga di Kuching dengan sebanyak 46 surat kelulusan disampaikan.

Kumpulan ketiga menerima surat kelulusan pada Mac 2018 di Miri dengan tiga surat kelulusan permohonan dan kumpulan keempat adalah sebanyak 23 surat kelulusan pada semalam (27 Mac 2019).

Fatimah berkata kesemua permohonan berkenaan adalah melalui Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A, Perlembagaan Persekutuan (JKK) yang ditubuhkan sejak tahun 2016.

"Sehingga ke hari ini secara keseluruhan 682 permohonan telah dibentang dan dibincang sejak November 2016 melalui jawatankuasa ini.

"Terdapat juga permohonan yang dibuat sebelum adanya jawatankuasa dan bagi permohonan di bawah Perkara 15A yang ditolak ketika itu boleh membuat rayuan dibawa ke jawatankuasa ini," katanya.

Fatimah berkata daripada 682 berkenaan, sebanyak 67 permohonan dibentang pada tahun 2016 sementara 174 permohonan (2017), 318 permohonan (2018) dan 123  permohonan dibentang dari Januari hingga Mac 2019.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...