Keunikan Sarawak Yang Anda Perlu Tahu





9 Keunikan Sarawak Yang Anda Perlu Tahu

Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia, dengan keluasan lebih daripada 120 ribu km persegi. Dalam artikel kali ini kami sertakan 9 keunikan Sarawak yang anda perlu tahu.

Ada 25 Buah Lapangan Terbang


credit gambar : Malaysian Airport

Ya, 25 buah lapangan terbang. 4 buah lapangan terbang utama terletak di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri manakala lapangan terbang yang lain adalah lapangan terbang STOL ( Short Take Off and Landing ) yang terletak di Mukah, Marudi dan pekan pekan kecil yang lain.


2. Kepadatan Penduduk Yang Rendah 

Jumlah penduduk Sarawak adalah kurang daripada 3 juta dan berkeluasan hampir sama dengan Semenanjung Malaysia.

Mengikut statistik pada tahun 2010, untuk setiap KM persegi hanya ada 19 orang. Jika dibandingkan di Kuala Lumpur, untuk setiap KM persegi mereka ada 6000 orang penduduk!

Lebih daripada 1/3 penduduk Sarawak pula tinggal di sekitar Kuching – Samarahan – Serian yang merupakan hanya 1/8 daripada saiz kesuluran Sarawak!


3.Sebelum Georgetown, Melaka dan Lenggong dimasukkan ke dalam senarai UNESCO, Taman Negara Mulu terlebih dahulu memiliki status tersebut bersama dengan Taman Negara Gunung Kinabalu. Sarawak yang terkenal dengan flora dan fauna juga memiliki banyak tempat menarik untuk dilawati. Anda boleh semak artikel berkaitan kami di sini :
Local Attractions in Kuching
Things To Do in Kuching

4. Perpaduan Kaum Dan Toleransi Politik Masih Utuh
Adalah sangat common untuk anda lihat rakyat berbilang kaum dan agama untuk lepak di kedai makan milik kaum dan agama lain. Jika anda berkunjung ke food court pula, stall halal & tidak halal tidak ada masalah untuk berada di kawasan food court yang sama kerana perkakas dan peralatan yang digunakan adalah diasingkan.


Senario seperti gambar di atas adalah biasa ketika pilihanraya di Sarawak. Tiada pergaduhan atau sebagainya yang berlaku.


5. Public Holiday Ada Yang Tak Sama Seperti Semenanjung Malaysia
Oleh kerana Sarawak mempunyai rakyat yang berbilang kaum, lebih daripada 10 kaum maka untuk sesetengah perayaan seperti Deepavali, Sarawak tidak mempunyai Public Holiday untuk perayaan tersebut. Ini adalah kerana jumlah kaum india di Sarawak adalah sedikit. Namun begitu, Sarawak mempunyai Public Holiday untuk Hari Gawai.

6. 40% Buah Sekolah Asrama Adalah Di Sarawak
Walaupun tidak mempunyai MRSM dan SBP banyak macam di Semenanjung Malaysia, Sarawak mempunyai banyak sekolah asrama. Terdapat banyak juga sekolah asrama untuk pelajar sekolah rendah bagi mereka yang tingga di kawasan pedalaman

7. Banyak Perniagaan Tempatan Mempunyai Cawangan
Sugarbun
Mita Cake House
Taka Cake House
3 ini adalah perniagaan yang diasaskan di Sarawak dan mempunyai cawangan hanya di dalam Sarawak dan juga Kuching.
Kini, Sugarbun telah membuka beberapa buah cawangan baru di sekitar Lembah Klang.

8. Mempunyai 27 etnik besar
Sarawak mempunyai 27 etnik besar buat setakat ini yang dikemukakan. Kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi.

Kawasan yang paling padat dengan penduduk adalah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.

9. Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi Kedua
Sebenarnya, banyak lagi fakta fakta menarik mengenai Sarawak. Kami akan kongsikan lagi nanti untuk tatapan anda.
Untuk anda yang ingin mengetahui event event dan aktiviti di Kuching, anda boleh semak laman sesawang kami : ilovekch

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...