Kerajaan teruskan usaha bantu usahawan muda di Sarawak




Lubuk Antu: Kerajaan negeri akan membekalkan beberapa kemudahan dengan sebaik mungkin untuk membantu usahawan muda memajukan perniagaan mereka.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan berkata, setakat ini kerajaan juga telah banyak melaksanakan program-program bagi menyokong usahawan-usahawan muda yang ada di Sarawak.

Menurut beliau lagi, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg telah memperuntukkan lebih daripada RM300 juta untuk adakan pembangunan anjung usahawan serta pelaksanaan program berkaitan usahawan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Program Keusahawanan Sempena Pesta Batang Ai, hari ini.

Tambah beliau lagi, melalui program-program yang diadakan ianya dapat mendidik usahawan-usahawan muda di Sarawak terlibat secara langsung dalam eko-pelancongan.

Dalam pada itu ujar beliau, kerajaan akan meneruskan usaha ini terutama sekali dalam meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat di luar bandar.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...