Kelam kabut, bertempiaran berlari di Christchurch



ANGGOTA keluarga yang berada dilokasi kejadian di bandar Christchurch, New Zealand. - Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Keadaan kelam kabut berlaku dengan penduduk setempat bertempiaran lari menyelamatkan diri susulan insiden tembakan di sebuah masjid di bandar Christchurch, New Zealand, hari ini.


Memetik laporan portal nzherald, seorang warga Malaysia berkata beliau mendengar beberapa das tembakan sebelum waktu solat Jumaat.

Idris Khairuddin, 14, berkata bapa saudaranya, Tarmizi antara enam individu tercedera akibat insiden itu.

“Pada awalnya, saya menyangka bunyi itu dari kawasan pembinaan, kemudian saya lihat jemaah mula berlari dan menjerit.

“Saya berdiri dekat dengan pintu (masjid), saya nampak beberapa orang terjatuh namun tidak pasti mereka cedera atau sebaliknya.

“Saya berlari sepantas yang boleh, panjat pagar menuju ke Hagley Park, saya tidak berhenti.

“Das tembakan itu berbunyi seperti pop, pop, pop.... saya dengar lebih 50 das tembakan,” katanya.

Idris berkata dia dan bapa saudaranya itu menetap di Christchurch.

“Bapa saudara ditembak di bahagian belakang, saya berdoa kecederaan dialami tidak begitu serius.

“Minggu ini pertama kali saya ke masjid itu, saya masih menggigil dan trauma susulan insiden itu,” katanya.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...