Jenazah Muhammad Haziq dikebumi petang ini



GEORGETOWN: Jenazah Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian serangan ganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu, akan dikebumikan petang ini.

EXCO Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh pada sidang media di sini hari ini, berkata Allahyarham akan dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley pada jam 6.30 petang waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu New Zealand).

“Bagaimanapun, perincian masa dan lokasi jenazah Mohd Haziq ditemui tidak boleh didedahkan kerana tertakluk dengan akta privasi New Zealand,” kata Boon Poh yang menjadi wakil Kerajaan Pulau Pinang ke Christchurch susulan tragedi Jumaat lalu itu sebelum kembali ke tanah air malam tadi.-BH Online

Berita lanjut akan menyusul.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...