Jasad dua rakyat Malaysia korban Lombok tiba di tanah air




SEPANG 19 MAC 2019. Sebahagian daripada 17 rakyat Malaysia yang terselamat daripada gempa bumi di Lombok selamat tiba di balai ketibaan KLIA 2. - Foto Luqman Hakim Zubir


Sekumpulan 17 warga Malaysia yang berada di Lombok, Indonesia semasa kejadian gempa bumi pada Ahad, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hari ini.
Ketibaan mereka disambut Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Kementerian Luar, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.
Kejadian gempa bumi dan tanah runtuh itu turut mengorbankan dua rakyat Malaysia.
- - Foto BERNAMA

SEPANG: Jasad dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi dan tanah runtuh di Lombok kelmarin, tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, jam 6 petang tadi.

Jasad mendiang Datin Tai Siew Kim iaitu Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily dan mendiang Lim Sai Wah dibawa menaiki pesawat Garuda Indonesia dan tiba di KLIA pada jam 5.19 petang.

Antara yang hadir menyambut ketibaan dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan pengurusan kanan Sin Chew Daily.-BH Online

Berita lanjut menyusul

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...