Jadi Presiden PSB, Apa kata Awang Tengah




KUCHING: Maklumat yang tular bahawa Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan akan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) sebagai Pengerusi adalah tidak benar.

Timbalan Ketua Menteri menafikan bahawa beliau akan bertindak keluar daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk menyertai parti berkenaan.

PSB ialah penjenamaan semula daripada UPP, parti serpihan SUPP.

Kata Timbalan Presiden PBB dalam satu kenyataan, senarai dan maklumat yang disebarkan itu berniat jahat dan sama sekali tidak berasas.

“Ia dilakukan individu nakal,”’ katanya ringkas.

Katanya lagi, ia dilakukan pihak tidak bertanggungjawab bagi mencetuskan pergeseran dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dalam senarai yang tular itu, Joseph Entulu Belaun dikatakan menjadi timbalan presiden bersama-sama dengan Wong Soon Koh serta Abdul Rahman Ismail.
Naib Presiden pula ialah Razi Sitam, Len Talif dan Mong Dagang.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...