Hotel mewah di Singapura terbakar





HOTEL Grand Hyatt di Singapura terbakar namun tiada yang cedera. Foto AGENSI


AFP


SINGAPURA: Kira-kira 500 tetamu sebuah hotel mewah di Singapura diarahkan mengosongkan bangunan selepas dikejutkan dengan satu kejadian kebakaran, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan.

AFP melaporkan, satu rakaman televisyen menunjukkan terdapat kepulan asap dari Hotel Grand Hyatt dekat Orchard Road namun Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memaklumkan kebakaran itu sudah dipadam.

Menurut SCDF, kebakaran itu membabitkan dapur gas dan lubang asap restoran di tingkat dua hotel terbabit dan ia berjaya dipadam dengan percikan air sebelum bomba tiba.

“Tidak ada kecederaan dilaporkan akibat kebakaran ini. Punca kejadian masih lagi disiasat,” katanya.

Ia adalah kejadian kebakaran kedua yang membabitkan hotel mewah di Singapura tahun ini selepas 1,000 tetamu diarahkan mengosongkan Hotel Carlton pada 14 Februari lalu.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...