Hina agama Hindu: Pemilik akaun FB ditahan



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia menangkap seorang pemilik akaun Facebook “Zamri Bin Abd Razak” kerana dipercayai memuat naik komen jelik terhadap agama Hindu, semalam.

Suspek berusia 52 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata suspek turut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

“Permohonan reman akan dibuat ke atas suspek pada hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fuzi berkata orang ramai diingatkan untuk tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi kenyataan berbentuk provokasi yang menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan kaum di negara ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...