Haziq disahkan meninggal dunia



MISTERI kehilangan Mohd Haziq Mohd Tarmizi (kiri) susulan serangan pengganas terhadap dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu terungkai apabila remaja itu disahkan maut. - NSTP/Email

GEORGETOWN: Misteri kehilangan Mohd Haziq Mohd Tarmizi susulan serangan pengganas terhadap dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu terungkai apabila remaja itu disahkan maut.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh, berkata berita kematian Mohd Haziq, 17, itu juga sudah diterima Wisma Putra.

"Difahamkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa akan ke sana (New Zealand), esok.

"Beliau akan mewakili Kerajaan Malaysia untuk urusan solat jenazah dan khutbah Jumaat di Christchurch," katanya di sini, malam ini.

Haziq adalah anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42, yang parah dalam serangan itu, kini dirawat di sebuah hospital di negara itu.

Berita lanjut menyusul

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...