Dia guna telefon ketika petir menyambar



KLANG: Lelaki warga Myanmar yang maut dipanah petir selepas menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan di Padang Bola Setia Badminton Academy Persiaran Murni Sek U13 Setia Alam petang tadi, dipercayai menggunakan telefon bimbit ketika kejadian.

Rakannya, Mohamed Noor Zafar, 19, berkata mangsa, Rohimullah, 19, berada di sebelahnya di tengah padang dan menggunakan telefon bimbit.

LOKASI kejadian Seorang warga Rohingya maut dan empat lagi cedera selepas dipanah petir ketika bermain bola di padang bola sepak Setia Badminton Academy Jalan Setia Murni U13/51 Setia Alam Shah Alam. - Foto Ihsan pembaca

“Ketika Rohimullah leka bermain telefon, guruh berdentum dan kilat menyambar sebelum dia dipanah petir.

“Saya terkejut dan panik melihat dia terbaring kaku dengan keadaan bajunya terbakar.

“Ketika itu, kami sudah berhenti bermain bola kerana cuaca gelap dan guruh.

“Kami menunggu bas untuk pulang,” katanya ketika ditemui Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, petang tadi.

Selain Rohimullah, tiga lagi rakannya, Abdul Rahman Abul Hussin, 30; Kamaluddin Abu Tahir, 30 dan Hussein Ahmad Asod Ali, 20 turut dipanah petir dan masih menerima rawatan di HTAR.

Mohamed Noor berkata, Rohimullah dan sahabat lain datang bagi menyaksikan beliau bermain dalam perlawanan itu.

Katanya, pasukan diwakili iaitu Klang Rohingya Football Club (KRFC) bermain bola sepak melalui perlawanan persahabatan setiap hujung minggu.

Mohamed Noor berkata, mereka tinggal berhampiran Pasar Borong Meru dan bekerja di situ selain memiliki kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Abang Rohimullah yang dikenali sebagai Aro Fulla, 22, ketika ditemui berkata, kejadian menimpa adiknya dimaklumkan oleh saudaranya.

“Ketika itu saya berada di rumah dan tidak tahu dia ke padang.

“Saya sudah menghubungi keluarga di kampung (Myanmar) dan sudah tentu berita ini amat menyedihkan,” katanya yang sebak dan tidak dapat meneruskan perbualan.- BH Online

LELAKI warga Myanmar yang maut dipanah petir selepas menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan di Padang Bola Setia Badminton Academy Persiaran Murni Sek U13 Setia Alam petang tadi. - Foto Ihsan pembaca

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...