Doktor didakwa meraba pesakit wanita



PARIT BUNTAR: Seorang doktor sebuah klinik swasta di sini, ditahan petang kelmarin bagi membantu siasatan selepas didakwa mencabul seorang wanita ketika menjalankan rawatan di kliniknya, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata suspek berusia 62 tahun itu ditahan polis selepas mangsa berusia 31 tahun membuat laporan mendakwa suspek bertindak meraba beberapa bahagian badannya ketika mendapatkan rawatan di klinik itu.

“Dalam kejadian sekitar jam 11.40 pagi itu, mangsa yang tidak sihat dan sudah berkahwin berkunjung ke klinik berkenaan seorang diri dan ketika rawatan dijalankan, tiada jururawat berada bersama, sebaliknya hanya mangsa dan suspek berdua berada di dalam bilik rawatan.

“Mangsa mendakwa ketika rawatan dibuat suspek bertindak meraba beberapa bahagian badannya dan merasa tidak selesa dengan perbuatan doktor berkenaan.

“Pada jam 12.02 tengah hari pada hari yang sama, mangsa membuat laporan di Balai Polis Parit Buntar.

“Bertindak atas laporan itu, polis menahan suspek di kliniknya dan kini direman selama dua hari bermula semalam (21 Mac) bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, hari ini.

Menurutnya, mangsa sering mendapatkan rawatan di klinik itu dan pada hari kejadian adalah kali ke-11 mendapatkan rawatan di premis berkenaan.

“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...