Budak 3 tahun korban paling muda






MUCAD terkena tembakan rambang. FOTO/AGENSI




Christchurch: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi mangsa paling muda yang terbunuh atau cedera dalam serangan pengganas di dua buah masjid di New Zealand semalam selepas keluarganya melaporkan kanak-kanak itu masih hilang.

Stuff melaporkan, Mucad Ibrahim datang ke Masjid Al Noor bersama bapa dan abangnya, Abdi untuk bersolat Jumaat sebelum suspek pengganas, Brenton Tarrant melepaskan tembakan rambang di dalamnya.

Abdi berkata, dia berlari sekuat hati untuk menyelamatkan diri ketika suspek melepaskan tembakan dan tidak sedar adiknya tertinggal di belakang.

Bapanya yang cedera akibat ditembak berpura-pura mati dan segera melarikan diri selepas suspek beredar dari masjid.

Bagaimanapun, dua beranak itu gagal mencari Mucad yang dipercayai sudah dibawa ke hospital.
Pihak polis New Zealand memberitahu, seramai 49 orang maut dalam serangan ganas berkenaan termasuk seorang kanak-kanak.-Harian Metro

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...