Adik masih ada



ZARINA Shuib ketika ditemui di rumahnya di Hutan Kampung, Alor Setar. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Keadaan rakyat Malaysia yang ditembak di New Zealand, Mohd Tarmizi Shuib, 42, dilaporkan stabil dan dijangka menjalani pembedahan mengeluarkan peluru pagi ini.

Kakak Tarmizi, Zarina, 53, berkata dia dimaklumkan isteri adik bongsunya itu, Marina Hamzah bahawa suaminya masih dirawat di sebuah hospital di Christchurch.

"Marina memaklumkan adik (Tarmizi) mungkin terkena tembakan pada bahagian kepala atau belakang badan kerana ketika serangan dia sedang bersujud.

"Setakat ini adik saya masih hidup dan keadaannya stabil seperti dimaklumkan isterinya yang menghubungi saya melalui WhatsApp," katanya.

Zarina berkata, seorang anak Tarmizi, Mohd Haziq, 17, juga masih belum ditemui selepas melarikan diri ketika kejadian berkenaan.BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...