Bas Berkuasa Hidrogen yang pertama di Sarawak bakal tiba awal Mei



Kuching: Kerajaan negeri Sarawak sentiasa menitikberatkan kebersihan alam sekitar termasuk di kawasan Bandaraya Kuching.


Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, untuk merealisasikan matlamat itu kerajaan negeri mengambil inisiatif memperkenalkan Perkhidmatan Pengangkutan Awam yang bersifat mesra alam dengan memperkenalkan Bas Berkuasa Hidrogen.


Jelasnya, sebelum ini bas elektrik sudah pun dilancarkan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai termasuk para pelancong sekaligus menyokong hasrat kerajaan dalam mengurangkan penggunaan kenderaan yang menggunakan kuasa diesel.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muda Hashim Garage Sale 4.0 dan Pelancaran #Team Pemuda PBB N8 Satok di Kuching semalam.


Tambahnya lagi, kemungkinan bas yang menggunakan kuasa hidrogen itu masuk ke Kuching awal bulan Mei dan ini menjadikan Sarawak merupakan negeri pertama yang menggunakan perkhidmatan bas seumpama itu.SV


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...