Aplikasi MySPR Semak dan portal SPR sudah boleh diakses



Aplikasi MySPR Semak di Googleplay.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan aplikasi MySPR Semak dan portal SPR yang mengalami masalah teknikal, sudah boleh diakses semula jam 8 malam tadi.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, berkata pihaknya mengambil maklum masalah dalam membuat semakan nama pemilih melalui MySPR Semak dan portal SPR.

“Ini disebabkan masalah teknikal yang berlaku, iaitu aplikasi MySPR Semak dan portal SPR tidak dapat berhubung dengan pangkalan data utama pengundi.

“Kedua-dua kemudahan semakan ini sudah boleh diakses semula mulai jam 8 malam tadi.

“SPR memberi jaminan bahawa maklumat pemilih di dalam pangkalan data SPR tidak terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu beliau berkata, SPR juga ingin menegaskan bahawa daftar pemilih pilihan raya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N27 Rantau, Negeri Sembilan tidak terjejas.

“Untuk makluman, daftar pemilih pilihan raya bagi PRK DUN N27 Rantau, Negeri Sembilan sudah mula dijual pada 14 Mac lalu.

“SPR juga dijadualkan akan mengedarkan kad pengundi mulai 27 Mac kepada semua pengundi bagi PRK DUN Rantau. SPR memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku,” katanya.-BH

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...