Api merebak ke kawasan Brunei



KUCHING: Kebakaran hutan di Kampung Lubok Piasau, Limbang, yang sehingga ini memusnahkan kawasan seluas lebih lapan hektar merebak ke kawasan sempadan Brunei.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata kerja pemadaman api sudah masuk hari ketiga selepas bomba menerima laporan kejadian pada jam 3.58 petang, Jumaat lalu.

Kebakaran itu kini membabitkan kawasan seluas 8.09 hektar.

“Seramai 15 anggota bomba masih bertungkus lumus memadamkan kebakaran berkenaan bagi mengelak musibah itu berlanjutan terutama ketika cuaca ketika ini adalah kering.

“Pihak bomba memberi amaran keras kepada orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka kerana dibimbangi kesannya merebak ke kawasan lebih luas,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, Unit Udara Bomba menggerakkan sebuah helikopter bagi melaksanakan kerja pemadaman dari udara menggunakan air.

“Kita berharap api dapat dikawal dengan keselamatan anggota bertugas di lapangan adalah menjadi keutamaan,” katanya.

Ling Hii berkata bomba dari Brunei juga sedang berusaha memadamkan api kawasan sempadan negara itu.

125 dibaca

Kebakaran hutan di Kampung Lubok Piasau, Limbang, kini membabitkan kawasan seluas 8.09 hektar. - Ihsan Bomba

Kebakaran hutan di Kampung Lubok Piasau, Limbang, yang sehingga ini memusnahkan kawasan seluas lebih lapan hektar merebak ke kawasan sempadan Brunei. - Ihsan Bomba

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...