Abdullah Saidol sumbang mesin penebas rumput kepada Saberkas Kampung Betanak 





Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) merangkap ADUN N.42 Semop, YB Abdullah Saidol semalam telah menyerahkan sumbangan mesin penebas rumput kepada Saberkas Kampung Betanak.

Majlis penyerahan mesin penebas rumput untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan padang bola sepak itu telah diadakan di Padang Bola Sepak, Kampung Betanak di sini.

Semasa lawatan sama, YB Abdullah Saidol turut menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM3,000 kepada My Team Prihatin Pulau Bruit bagi mereka melakukan pelbagai aktiviti.

YB Abdullah Saidol juga bersetuju untuk membaik pulih pentas atau ‘grandstand’ di padang bola sepak Kampung Betanak bagi memudahkan penduduk setempat melaksanakan program dan aktiviti yang melibatkan pengunaan padang berkenaan.

#GPS #SarawakFirst #IbuPertiwiku

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...