147 penjaja hujung minggu Pasar Tamu dipindah ke Tebingan Rejang



JAGA KEBERSIHAN: Penjaja Pasar Tamu ditempatkan sementara di Tebingan Rejang, Sibu.

SIBU: Seramai 147 penjaja Pasar Tamu yang hanya berniaga pada hujung minggu ditempatkan sementara di Tebingan Rejang Sibu di Jalan Maju.

Timbalan Pengerus Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Rogayah Jamain berkata, penjaja terbabit ditempatkan di situ berikutan kerja menaik taraf Pasar Sentral Sibu yang telah bermula awal bulan ini.

“Penjaja ini yang hanya berniaga hujung minggu kita tempatkan sementara di Tebingan Rejang sementara kerja di Pasar Sentral dilakukan,” ujarnya.

Sebelum ini, penjaja ini menjalankan perniagaan di kawasan lapang bersebelahan Pasar Sentral Sibu.

“Ini hanya untuk penjaja Pasar Tamu yang berniaga hujung minggu sahaja dan tidak melibatkan penjaja tetap atau yang berniaga setiap hari di Pasar Sentral Sibu ini,” jelasnya.

Rogayah turut menasihati penjaja agar sentiasa menjaga kebersihan Tebingan Rejang sebelum dan selepas menjalankan perniagaan.

“Kita juga menasihati orang ramai agar tidak membuang sampah merata-rata,” ujarnya.

Kerja menaik taraf Pasar Sentral Sibu dijangka siap pada Oktober melibatkan gerai menjual daging babi, tingkat bawah dan tingkat atas.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...