ZODWA WABANTU mengelirukan pengikutnya di media sosial apabila bertindak membeli keranda bernilai 150,000 rand (RM44,788) . - AGENSI
CAPE TOWN 10 Feb.- Seorang wanita menarik perhatian pengguna media sosial setelah berkongsi gambar dirinya yang membeli keranda berharga 150,000 rand (RM44,788) ketika masih hidup.
Tindakan Zodwa Wabantu, personaliti terkenal Afrika Selatan berkongsi gambar-gambarnya masuk ke dalam keranda mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengikutnya.
“Kematian! Masyarakat takut untuk memperkatakan tentangnya.
“Kita semua akan mati dan saya memilih untuk membeli keranda ketika masih hidup,” tulisnya di Instagram.
Walaupun tindakan Zodwa dilihat aneh bagi kebanyakan orang, namun wanita itu mempunyai sebab sendiri mengapa dia memilih untuk membeli keranda ketika masih hidup.
Katanya, dia tidak mahu menerima nasib sama dengan mendiang ibunya yang dikebumikan dengan keranda yang murah.
Katanya lagi, dia tidak mahu menyusahkan keluarganya, lebih-lebih lagi anaknya menanggung kos pengebumian yang banyak jika dia mati satu hari nanti. -AGENSI
No comments:
Post a Comment