Sindiket kurung semua mangsa penipuan pekerjaan dalam dua banglo  yang dikawal ketat di Kemboja




KUCHING: “Susah untuk mereka melepaskan diri.

“Bukan sahaja terkurung, mereka juga tiada akses kepada alat komunikasi,” kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berhubung situasi 47 rakyat Malaysia yang ditipu di Siem Reap, Kemboja.

Katanya, kesemua mangsa dikurung di dua buah banglo berasingan yang lengkap dengan ciri-ciri keselamatan ketat.

“Saya dan rombongan Kerajaan Sarawak dibawa sendiri melawat lokasi penahanan tersebut, namun tidak dibenarkan merakam gambar mahupun video kerana kes masih dalam siasatan.

Menurutnya, rumah pertama menempatkan 20 tahanan, manakala rumah kedua menempatkan 30 tahanan lain yang terletak kira – kira 35 kilometer dari rumah pertama.

“Bukan sahaja dipasang jeiriji yang kuat, malah hanya ada satu pintu masuk dan itulah juga pintu untuk keluar.

“Kalau ikut undang undang dari segi rumah itu salah. Apatah lagi pintunya dikunci dari luar,” tambahnya lagi.

Katanya, reka bentuk rumah tersebut seakan sama dan dilengkapi dengan dawai berduri di pagarnya.

“Kami juga tidak dibenarkan memasuki rumah tersebut kerana kes masih di dalam siasatan pihak polis Kemboja,” tambahnya lagi.-Sarawak Voive

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...