KUCHING: “Sentuhan Kasih Belaian Jiwa” anjuran SeDidik Sdn Bhd raikan 100 kanak-kanak di wad pediatrik Hospital Sibu.
Aktiviti amal atau Corporate Social Responsibilty (CSR) sempena sambutan Tahun Baru Cina 2019
bermula 2.30 petang itu mampu membuat kanak-kanak di wad tersebut mengukir senyuman.
Pengurus Besar SeDidik Sdn. Bhd. Nor Ashikin Abdul Rahman berkata, program diadakan bertujuan mengembalikan semula keceriaan dan semangat cepat sembuh dalam kalangan anak-anak yang menanggung sakit.
“Kami berharap program seperti ini sedikit banyak membantu memberi semangat mereka untuk cepat sembuh dan ceria seperti sedikala,” ujar Nor Ashikin.
Bagi beliau, sebagai institusi berkaitan langsung dengan pembangunan awal kanak-kanak, keluarga dan komuniti, menjadi tanggungjawab Sedidik Sdn. Bhd. memastikan anak-anak menikmati kegembiraan walaupun pada hakikatnya mereka kurang sihat.
Selaras misi dan visi penubuhan Sedidik menjadi peneraju program pembangunan keluarga dan kanak-kanak dalam usaha melahirkan generasi dinamik, Nor Ashikin berkata lebih banyak program seumpamanya dianjurkan.
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut program SeDidik sila hubungi Unit Korporat dan Perhubungan Awam di talian 082-330137 atau 019-4995064/ 0029.
-SarawakVoice
No comments:
Post a Comment