Sambut Hari Kekasih di lokap dek dadah




 
KUCHING: Sepasang kekasih meraikan ‘Hari Kekasih’ di lokap polis apabila ditangkap kerana memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Jalan Penrissen, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Merbin Lisa berkata kedua-dua suspek merupakan warga tempatan berusia 25 dan 29 tahun.

Menurutnya serbuan yang dilakukan sekitar pukul 8.45 malam itu membawa kepada penemuan dadah jenis Syabu seberat kira-kira 52.45 gram.

“Hasil pemeriksaan di kediaman berjaya merampas dadah jenis ketulan syabu (52.45 gram) yang dianggarkan bernilai RM7,867.50.

“Hasil saringan awal air kencing kedua-dua suspek masing-masing positif dadah jenis Amphetamine/Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hujuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

“Kedua-dua suspek juga didapati mempunyai rekod kesalahan lampau terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah,” kata Merbin.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...