Penunggang paras motosikal rempuh pikap



 


LIMBANG:Seorang penunggang motosikal parah dan  berlumuran darah  selepas motorsikalnya  merempuh belakang sebuah pikap dalam kemalangan berhampiran Pasar Malam Limbang malam Rabu.

Kemalangan yang berlaku pada jam 7 malam itu menyebabkan mangsa Mohd Syafie , 24 dari Kampung Buamgsiol cedera parah di bahagian kepala.

Menurut sumber , ketika kejadian mangsa  dalam perjalanan ke pasar malam sebelum merempuh sebuah lori pikap berwarna putih dari arah belakang.

“Mangsa kemudiannya  gagal mengawal motosikal sebelum merempuh pikap yang sedang berhenti untuk masuk ke simpang pasar malam,"katanya.

Rempuhan tersebut menyebabkan mangsa terpelanting ke atas jalan raya dalam keadaan berlumuran darah.

Mangsa dibawa ke Hospital Limbang menggunakan ambulans sebelum dikejarkan ke Hospital Miri mendapatkan rawatan lanjut.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...