Parkir kereta berbayar luar HUS menjadi lubuk rezeki pencuri



KUCHING: Tempat letak kereta berbayar dikendalikan pihak swasta di luar kawasan Hospital Umum Sarawak (HUS) didapati menjadi sebagai lubuk untuk pencuri mendapatkan habuan.

Ia apabila beberapa kes curi kereta termasuk tayar dan bateri kereta berlaku di tempat letak kereta berbayar RM5 itu, dengan kes terbaharu berlaku beberapa hari lepas.

Keadaan itu sekali gus mencetus kebimbangan bukan sahaja kepada orang awam tetapi juga kakitangan HUS, yang terpaksa menggunakan kawasan tersebut untuk meletakkan kenderaan ekoran projek menaik taraf HUS yang sedang giat dijalankan.

Menurut jururawat HUS yang enggan dinamakan, sudah sering kali berlaku kes kecurian kereta diparkirkan di situ, walaupun tempat letak kenderaan itu mempunyai penjaga.

“Berdasarkan pengetahuan saya, banyak sudah kes berlaku…ada yang hilang tayar, bateri dan ‘skirt’ kereta dicuri malah pernah ada kakitangan kereta kehilangan hilang.

“Sudah tentu ini sangat membimbangkan, kalau boleh saya mahu berjalan kaki turun kerja,” katanya yang ditemu-bual pada Selasa.

Jururawat itu menambah, pencuri juga seakan begitu berani melakukan kegiatan secara terang-terangan, apabila banyak kes didapati berlaku pada waktu siang.
“Pencuri menyasarkan kereta diparkir jauh dari pintu masuk tempat letak kenderaan tersebut,” katanya.

Beliau sudah lapan tahun bekerja sebagai jururawat di HUS memberitahu kecurian di tempat letak kenderaan berbayar mula berleluasa sejak parkir di HUS ditutup ekoran pelaksanaan projek menaiktarafkan HUS pada 2017.

Projek dianggarkan bernilai RM351 juta yang dijangka siap pada 2021 itu merangkumi dua kompleks tempat letak kereta bertingkat yang mampu menampung 1,790 buah kenderaan dan sebuah bangunan penginapan dengan 160 bilik.

Selain itu, tujuh dewan pembedahan baharu, sebuah pusat makmal dengan sistem bersepadu, satu medan selera dan sembilan kedai komersial turut dibina.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...