Miliki dadah, warga asing ditahan


 


Dadah jenis syabu yang berjaya dirampas dari suspek dalam serbuan yang dijalankan BSJND Bintulu petang Rabu.Suspek ditahan bagi membantu siasatan.

BINTULU: Seorang warga asing ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik (BSJND) Bintulu, petang semalam kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 53 gram, yang dianggarkan bernilai RM 6, 500. 

Dalam serbuan yang dijalankan oleh pasukan BSJND Bintulu sekitar jam 2.20 petang itu, suspek 34 tahun, yang juga penganggur itu telah ditangkap dalam serbuan yang dijalankan ke atas sebuah rumah di Jalan Tanjung Batu. 

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili, ketika dihubungi hari ini mengesahkan, semasa serbuan dijalankan, suspek cuba melarikan diri, namun berjaya dikepung oleh polis. 

"Pemeriksaan yang pasukan kita jalankan telah menjumpai satu kotak rokok, yang mana dalamnya terdapat satu bungkusan lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal dipercayai mengandungi dadah jenis syabu," ujarnya.

Zukipli berkata, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek turut mengesahkan suspek positif dadah jenis Methamphetamine. 

Katanya, dengan tertangkapnya suspek telah menyelesaikan satu lagi kes penyalahgunaan dadah di bahagian ini khususnya yang melibatkan warga asing. 

"Dalam pada itu, pihak polis akan menggiatkan lagi usaha bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah yang berlaku di bahagian ini, dari masa ke masa, bagi memastikan Bintulu bandar bebas dadah," tambahnya. 

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori, jika disabit salah.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...