Manfaatkan sumbangan sebaik mungkin - Abdullah Saidol




BINTANGOR: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol hari ini menyampaikan sumbangan kepada pelbagai organisasi di sini. 

Beliau menyumbang RM3,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsan (SK) Selidap dan RM2,000 masing-masing untuk Jawatankuasa Surau Darul Ikhsan dan Jawatankuasa Kegiatan Islam warga Pendidikan Meradong.

Sebanyak 10 unit khemah disumbangkan kepada Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Meradong untuk kegunaan para peniaga yang menjalankan perniagaan jualan but kereta di tebingan sungai Bintangor.

Pada masa yang sama, dua tukang gunting rambut, Ahmad Jaki dan Wong Ging Ming, yang menjalankan perniagaan mereka secara terbuka di bawah pokok telah mendapat perhatian Abdullah dan mereka dibantu dengan sumbangan khemah payung dan pelbagai peralatan menggunting rambut bernilai RM500 setiap seorang.

Abdullah turut menyampaikan peralatan muzik tradisional kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Rumah Nicholas Abu Seman.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua penerima memanfaatkan sumbangan berkenaan dengan sebaik mungkin.

Abdullah menunjukkan peralatan menggunting rambut kepada seorang tukang gunting rambut.

Dalam perkembangan lain, Abdullah meluangkan masa berkongsi pengalaman bersama remaja yang menyertai kem motivasi anjuran Kelab Remaja Hikmah Meradong, di Surau Darul Ikhsan.

Di antara pengisian program tersebut ialah pertandingan menulis puisi yang bertemakan kerohanian di mana beliau menyumbangkan hadiah wang tunai.

Johan akan memenangi RM200, naib juara RM150, tempat ketiga RM120 dan RM100 bagi setiap pemenang tempat keempat hingga 10.

Beliau juga meluangkan masa berjumpa dan berkongsi pengalaman bersama remaja yang menyertai kem motivasi anjuran Kelab Remaja Hikmah Meradong, di Surau Darul Ikhsan.

Setiap peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai melalui pertandingan Menulis Puisi sempena program berkenaan.

Johan berpeluang memenangi RM200, naib juara RM150, tempat ketiga RM120 dan RM100 bagi pemenang tempat keempat hingga 10.

Kesemua hadiah ditaja oleh Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.42 Semop.

Abdullah bersama para peserta kem motivasi anjuran Kelab Remaja Hikmah Meradong, di Surau Darul Ikhsan.

Pada masa yang sama, kehadiran Abdullah secara santai telah diambil kesempatan oleh beberapa pemimpin masyarakat serta kelab belia untuk mengemukakan beberapa aduan yang perlu diberi perhatian segera serta permohonan dana untuk aktiviti sosial mereka.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...