Lelaki bertopeng bersenjatakan parang rompak pengurus kedai





Kedai spa yang dirompak.

MUKAH: Seorang lelaki bertopeng dengan bersenjatakan sebilah parang merompak seorang pengurus kedai di sini sekitar 7.20 malam semalam di sebuah kedai spa terletak di jalan Pinang.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, perompak berkenaan telah mengambil seutas rantai leher emas, seutas gelang tangan emas, sebentuk cincin emas serta seunit telefon dalam kejadian itu.

"Perompak berkenaan memakai topeng hitam serta bertopi dan tidak dikenali oleh mangsa," katanya.

Suspek dikatakan melarikan diri dengan sebuah kereta berwarna biru gelap.

Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian turut diminta berhubung dengan balai polis berdekatan.

Kes masih dalam siasatan pihak polis.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...